Segenting Kra atau Kra Isthmus

Harini dalam sejarah. 3 Oktober 2017

Baru aku teringat aku punyai blog dong! Aku saja la layan blog sebab nak baca pasal Segenting Kra yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Lepas baca aku komen la kt blog tu dan aku terkejut keluar gambar aku yang lama time 2011 dulu(Masa tu dengan awek la kan.. dan Alhamdulillah dan menjadi isteri dan ibu kepada anak aku yang sorang tu ).So aku tekan dan tekan rupanya memang email address aku ni bersambung lagi dengan akaun lama. Noob kan aku ni bab- bab ni.hehe. So apa lagi aku teruja balik la sebab memang dan ada blog.. Kebetulan ada masa lapang ni aku type je la apa- apa pun. Tak salah kan?


Jom cerita pasal Segenting Kra nak?


Melalui pembacaan aku td aku surat khabar dan blog- blog rasa nya semua orang penah dengar pasal Sengenting Kra atau paling tidak pun orang akan cakap 'macam penah dengar tapi dimana yak?'


Pasal Segenting Kra ni dulu kita dah penah belajar pun masa sekolah menengah untuk mata pelajaran Sejarah. Kalau untuk orang Thai plak, kes Segenting Kra tau juga disebut Kra Isthmus dan pun wujud sekitar 300 tahun lepas.


Kenapa hal ni dibincang kan semula?


Semua orang tahu kuasa dunia sekarang ni mencorakkan rentak dan gerakkan kerja di atas muka bumi ni. China sebagai kuasa besar rantau Asia ni jugak telah menghidupkan slogan "Satu Jalur, Satu Jalan". Dorang sekarang ni tengah melobi dan mendesak kerajaan Thailand untuk projek terusan ni dilaksanakan. 


Baru ni ada “International Conference on Technology for Sustainable Paths to Thailand’s Future" dan ketika ni lah pelobi dari negara China dan yang berkepentingan melobi untuk kerajaan Thai bagi lampu hijau untuk projek terusan sepanjang hampir 130km merentasi kawasan paling sempit di hujung Tanah Melayu.



Dan ini adalah hujah daripada pelobi tersebut:
Terusan Kra atau Terusan Thai seperti dikenali sekarang akan menjimatkan kos perkapalan dan masa kerana terusan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik akan memendekkan jarak pelayaran lebih 1,200km atau tempoh pelayaran “2 hingga 3 hari” melalui kapal tanpa melintasi Selat Melaka yang sempit dan sesak.
Terusan itu akan memberi manfaat besar kepada negara dan menjadikan ia sebagai hab perkapalan antarabangsa yang baharu dengan menggabungkan perkhidmatan perkapalan, perdagangan dan kewangan ke Thailand.
Projek Terusan Kra adalah projek abad terbesar” dan akan memberi impak besar kepada Thailand bukan sahaja dalam bidang ekonomi, politik, sains dan teknologi tetapi juga daripada segi strategik dalam domain maritim memandangkan ia menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
Terusan Kra akan mengalihkan kesesakan semasa di Selat Melaka dan meminimumkan risiko perlanggaran kapal seperti yang berlaku bulan lepas apabila kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) “USS John S.McCain” berlanggar dengan sebuah kapal dagang berdaftar di Liberia yang mengorbankan 10 orang kelasi kapal AS itu



So projek ni pun ada jugak kontranya. Antaranya ialah:
Pembinaan Terusan Kra adalah “terlalu kecil” untuk menjustifikasi pembinaannya melibatkan kos yang tinggi.Pakar-pakar menganggarkan kos pembinaan terusan itu ialah antara AS$30 bilion hingga AS$50 bilion atau lebih bergantung kepada lebar, kedalaman dan laluan terusan itu. Kalau ditukar dengan tukaran matawang Baht tu taktau la banyak mana kan.
Kemungkinan berlaku impak negatif daripada pembinaan terusan itu, terutama Singapura yang sangat bergantung kepada perdagangan maritim. Malaysia juga akan terjejas kerana Malaysia juga mempunyai pelabuhan yang bertaraf 5 bintang. Antara port -port yang ada kat Malaysia ni adalah Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Bintulu.
Kajian oleh Institut Maritim Malaysia (MIMA)yang menyatakan bahawa Selat Melaka hanya boleh menampung maksimum sebanyak 122,000 kapal setahun sementara Bank Dunia menganggarkan 122,640 kapal akan melalui selat itu pada 2020. So, kalau jadi pembinaan terusan kra tu akan menyebabkan kapal- kapal dah tak melalui kawasan tersebut.
Terusan ni tidak dikatakan tidak berbaloi dengan kos kerana terusan itu yang terletak di Segenting Kra di selatan Thailand memendekkan jarak pelajaran hanya 1,200km melalui laut berbanding 10,000 km bagi Terusan Suez dan 7,000 km bagi Terusan Panama.
Tidak boleh diketepikan juga faktor alam sekitar. Pembinaan terusan hampir 130km panjang dan 1km lebar ni boleh memusnah ekosistem pesisir pantai yang sedia ada terutamanya kepada kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Projek ni projek mega. Senario kawasan Asia Tenggara ni boleh bertukar 360 darjah kalau projek ini berjaya dilaksanakan. Ia boleh memberi kesan terutamanya kepada Malaysia dan Singapura dan memang paling teruk Singapura la kan yang ekonominya dijana oleh industri perkapalan. 
Apa yang peliknya disini, projek mega Segenting Kra ni jugak didalangai oleh Kerajaan China sana yang sememangnya warga Malaysia sedia maklum merupakan penjana kepada projek- projek mega di Malaysia ni.  Baru ni China fund kepada projek ECRL bernilai RM55B, projek Forest City, macam- macam projeklah China fund kat Malaysia ni siap ada Malaysia - China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang gah di Kuantan tu. Xlupa jugak China fund untuk projek mega di Singapura seperti projek Kereta Api Berkelajuan TInggi (HSR)yang menghubungkan Jurong Singapura dan Kuala Lumpur Malaysia.
Alik - alik dorang jugak lah yang fund projek untuk Segenting Kra tu..
Akhir kata untuk kali ni, Apa Lagi Negara China Mahu?



Comments

Popular posts from this blog

Top 10 Football Sex Scandals

Reina: I never wanted to leave Anfield